Suatu hari,datanglah sekumpulan pemancing manusia untuk menangkap ikan.Sebaik sahaja mengetahui kedatangan mereka itu,,semua ikan berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa mereka.Haruan yang paling berberpengalaman di kawasan itu berpesan kepada kawan-kawannya dengan loghat kampungnya."Wei,,dont u ever eat that thing.Dangerous man!!Kalau korang makan cacing tu,,kompem korang akan menyesal seumur hidup.Percayalah cakap aku ni..".Ikan puyu pun beredar dari tempat tersebut.Dalam banyak-banyak ikan puyu,,adela seekor yang was-was.Musykil.Dia berfikir"Kenapalah haruan tu larang aku.Mesti sebab dia nak makan cacing tu ni.Tak boleh jadi ni..Aku dah la lapar.Sedap-sedap je die nak trick aku ea?Ingat aku ni low-educated fish ke?Sori sket!!"Tanpa membuang masa,dia pun berpatah balik pergi ke arah cacing gemuk yang melazatkan tadi dan terus memakannya.
Sebaik sahaja dia ngap cacing tu,mata kail itu pun disentak oleh pemancing.Sambil cuba untuk melepaskan dirinya,puyu pun berkata "Adeh3!!Sakitnya.Aku ingatkan sedap cacing ni.Ada mata kail rupanya.Menyesalnya aku tak mendengar kata-kata haruan tadi.Kalaulah aku mempercayainya.Dah tak pasal-pasal aku kena tangkap.Adoi!!Tulun2!!"Namun,nasi dah jadi bubur.Kemudian,si pemancing pun mengangkat puyu ke tanah &membawa ikan yang ditangkapnya ke rumah.Puyu cukup terseksa.Dia hanya mampu bertahan.Sukar untuk bernafas kerana sistem pernafasannya sudah diciptakan oleh Allah sesuai didalam air sahaja.Sampainya dirumah,puyu tersebut disiap-siapkan oleh isteri si pemancing untuk digoreng.Sisiknya dibuang & badannya dikelar-kelar.Organ-organ dalaman dikeluarkan.Kemudian dibasuh pula.Puyu sangat-menyesal akan perbuatannya yang terdahulu.Berkata didalam bahasanya,"Seksanya.Adakah ini yang terakhir ya Allah??"Rupanya,itu bukanlah pengakhiran bagi seksaannya.Diletakkan pula kunyit perencah adabi dibadannya.Garam atau dalam bahasa kampungnya,,sodium chloride juga ditambah.Betapa pedihnya.Sambil menangis teresak-esak,puyu bermonolog "Adakah ini yang terakhir ya Allah??Aku sudah cukup terseksa."Tidak lagi.Dicampakkan puyu ke dalam minyak masak cap zaitun yang menggelegak untuk digoreng selama beberapa minit.
Alangkah panas & azabnya."Kalaulah boleh diundurkan masa macam dalam cerite doraemon tuh.Aku pasti tidak akan mengulangi kesilapanku ini.Pasti aku lebih berjaga-jaga..",,kata si puyu.Setelah cukup disakitkan,datang pula ujian yang lain.Datanglah anak-anak yang si pemancing yang montel-montel & obes untuk memakannya.Badannya diratah-ratah,dicarik-carik sehingga tinggal tulang sahaja.Setelah hanya tinggal tulang,dibuang pula ke tanah.Cukup sedih.Tak cukup dengan itu sahaja,dimakan oleh kucing.Betapa sakitnya.Puyu hanya boleh menyesalinya.Menyedari bahawa masa tidak akan dapat diundurkan.Penyesalan yang tidak berkesudahan...
Setakat itu sahajalah cerita ikan puyu yang degil ye kawan-kawan.Kalau nak cerite dalam perut kucing pulak,,tak berkesudahanlah cerita ni nanti kan??Hehe..Apa yang ingin ditegaskan di sini adalah moral yang boleh kita ambil.Apa moralnya??
Cerita diatas diumpamakan sebagai hidup kita.Sama-sama kita berfikir sejenak wahai sahabatku sekalian.Rasul telah mewasiatkan kepada kita Al-Quran & hadis sebagaimana hadisnya :
- "aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iatulah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya." (Malik,t.th :502)
- "hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rashidin.Gigitlah sunnah dengan dengan taring,jauhilah daripada mengada-adakan sesuatu,sebab perkara yang diadakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat dalam neraka(masuk neraka)."Rw.Ahmad dll)
Ulama'-ulama' itu adalah pewaris nabi.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
- إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)
Namun,,apakah kita dengar akan pesan baginda Rasulullah?Adakah kita mengambil berat akan peringatan oleh ulama'?Allah telah berikan kita nikmat yang pelbagai.Menghantar utusanNya.Menurunkan kitabNya yang agung.Menceritakan tentang umpan dunia.Akan tetapi,kita tidak mempedulikannya.Layakkah kita untuk syurgaNya?Layakkah kita untuk menjadi umat Muhammad s.a.w sedangkan kita tidak beramal dengan apa yang telah baginda pesan?Dan waktu itu ketika nyawa kita disentak umpama ikan yang disentak oleh kail.Pada ketika itu,sesalan tidak lagi berguna.Taubat tidak lagi diterima.Disaat datangnya izrail untuk menjemput kita.Mencabut roh kita daripada jasad.Ingatlah peluang yang Allah telah anugerahkan kepada kita.Gunalah ia dengan sebaiknya.Kembalilah kepada fitrah islam wahai sahabatku yang dikasihi keranaNya.Kita telah pun bersaksi kepada Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi.
"Dan( ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),"bukankah Aku ini tuhanmu?"Mereka menjawab,"Betul (Engkau tuhan kami) kami bersaksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan,"Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini," (al-a'raf :172) -terjemahan syaamil al-quran the miracle 15 in 1
Namun,adakah kita ini insan yang berperanan seperti hambaNya?
Mensyukuri nikmatNya?Mengabdikan diri yakni beribadat kepadaNya?Muhasabahlah diri kita yang sangat hina ini disisiNya.Bila ditanya tentang syurga,kita menginginkannya.Tapi,kita tidak membuat kebaikan serta amalan soleh malahan melakukan laranganNya.Nauzubillah.
- Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."-Ali r.a
Renung-renungkanlah.Sama-samalah memperingatkan antara satu sama lain.Kerana kita ini insan yang sering lupa dan leka.Sebarkanlah ilmu walau satu huruf sekalipun.Semoga Allah meredhai kita,menerima segala amalan kita,memandang amalan kita dengan pandangan kasihnYa.Semoga kita sentiasa didalam rahmatNya.Amin...





No comments:
Post a Comment